Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

10 November 2015

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU AYAHANDA

     Majlis Perpisahan yang diadakan untuk pengetua, ayahanda  Abdul Aziz bin Abdullah disulami rasa terharu dalam kalangan warga SMKA Dato' Haji Abbas ( SMKADHA).  Walaupun baru kurang lebih lima bulan setengah berada di SMKA Dato' Haji Abbas, ayahanda pengetua telah berjaya menyemai rasa sayang dalam kalangan  warga SMKADHA kepada beliau.
     Kepimpinan, keprihatinan, mudah mesra, dan mudah menerima pandangan merupakan sifat dan sikap beliau yang menambat hati warga SMKADHA.  Sebentar ... tapi amat bermakna... Begitulah kehadiran beliau amat disenangi.  Kehilangan yang amat terasa....
     Semoga Tuan Pengetua akan lebih berjaya di tempat baru.  Semoga ayahanda diberkati walau ke mana-manapun beliau ditempatkan.  Semoga anak didik  SMKADHA ingat pesan beliau supaya meraih kejayaan dengan berusaha sehabis daya.  Keluarkan potensi diri.  Beranilah menyahut cabaran zaman dalam alaf globalisasi ini.
     Guru -guru SMKADHA merupakan guru-guru yang hebat.  Itulah kenyataan beliau untuk para guru dan beliau telah melahirkan rasa senang dan gembira selama bertugas di SMKADHA.  Beliau menyatakan harapan semoga keputusan peperiksaan anak-anak yang menduduki peperiksaan tahun ini akan lebih cemerlang.
      SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.  MAAFKAN DAN. DOAKAN KAMI AYAHANDA.

WARNA WARNI KENANGAN BUAT AYAHANDA ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH





 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates