Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

10 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2015

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber 2015 telah berlangsung pada 16 Oktober 2015 di Hotel Quinara Safir, Tok Jembal.  Majlis rasmikan oleh ayahanda Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah.  Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran  iaitu Ustaz Mazelin bin Ali,  Guru  Penyelaras PSS iaitu Puan Siti Hamedah bt Md Sukor, Encik Ahmad Haniff  dan Cik Wan Rosilawati bt Wan Hashim.
Dalam ucapan beliau, Tuan Pengetua mengingatkan para pelajar bahawa organisasi seperti  Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk melatih para pelajar dalam aspek kepimpinan dan mencungkil bakat serta potensi diri para pelajar.  Beliau berharap agar pelajar tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam takbir urus sesuatu organisasi agar mereka mendapat pengalaman yang sepatutnya mereka peroleh semaasa di bangku sekolah.  Hal ini akan membantu membentuk pemimpin yang cemerlang dan berketrampilan pada masa akan datang.
Majlis tamat pada pukul 4.00 petang.  Para pelajar dan guru bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran Tuan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. TERIMA KASIH AYAHANDA.




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates