Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

30 April 2015

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER BERSAMA PERPUSTAKAAN UNISZA

Kursus atau Bengkel Membaiki Buku untuk pengawas Pusat Sumber telah berlangsung di Pusat Sumber Sekolah pada 28 April 2015.
Kursus ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Seramai 7 orang fasilitator dari Perpustakaan UniSZA telah menunjukkan cara membaiki buku kepada pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada ppelajar tingkatan 1,2 dan 4.
Kursus ini dianggap berjaya kerana para pelajar berjaya membaiki buku dan berasa sungguh seronok dan gembira.
Fasilitator dari UniSZA sangat berdedikasi dan mesra sehingga pengawas berasa tidak kekok untuk meminta bantuan. Terima kasih Perpustakaan UniSZA. Terima kasih semua.
Semoga Pengawas Pusat Sumber telah mendapat ilmu dan pengalaman berharga. Semoga kursus ini dapat memudahkan tugas seorang pengawas Pusat Sumber.






29 April 2015

MINGGU KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS 2015

Minggu Kokurikulum SMKA Dato' Haji Abbas tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari  11 April 2015 hingga 15 April 2015.
Minggu Kokurikulum telah bermula pada hari Sabtu 11 April dengan Gerai Pameran oleh Bahasa Arab, Kelab Geografi, Kelab Sejarah, Kelab Robotik,  CIDB dan lain-lain sempena Majlis Penamaan Sekolah.
Perasmian Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Ahad di Dataran Fikrah oleh Tuan Pengetua, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus.
Majlis Penutup Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Rabu 15 April di Dewan Abbas.disempurnakan oleh Wakil PPD iaitu Encik Jaafar bin Ismail.
Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kokurikulum.
Minggu Kokurikulum telah dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan jualan oleh pelajar, pertunjukan, pertandingan catur, pertandingan bahasa Arab ( Hiwar dll), bertandingan pidato BM
dan sebagainya.
Minggu Kokurikulum diteruskan pula dengan Perkhemahan Perdana pelajar tingkatan 5 di Sekayu.

LAWATAN PENGAWAS PUSAT SUMBER KE PERPUSTAKAAN UNISZA DAN PUSAT ISLAM UNISZA

Assalamualaikum wbt.
Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan dan Pusat Islam UniSZA pada 27 April 2015.  Lawatan ini disertai oleh 47 orang pengawas Pusat Sumber dan seramai 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Siti Hamedah bt Md Sukor, Cikgu Azhan Hadi bin Muhamad dan cik Wan Rosilawati bt Wan Hashim.
Lawatan ini  bertujuan untuk memperkenalkan  perpustakaan universiti serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana. Selain itu pengawas PSS juga didedahkan tentang kerjaya seorang pustakawan. Lawatan ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Walaupun hujan lebat pada hari berkenaan, lawatan ini dapat berjalan lancar.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada perkhidmatan bas UniSZA yang membantu menghantar pengawas PSS ke Pusat Islam UniSZA pada masa tersebut.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di pihak Perpustakaan UniSZA dan Pusat Islam yang sudi menerim kunjungan kami.













25 April 2015

MARI MEMBACA BERSAMA SMKA DATO' HAJI ABBAS

Program Mari Membaca Bersama yang dijalankan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan .  Sehubungan dengan itu semua sekolah telah diminta memberi kerjasama menjalankan Program Mari Membaca Bersama atau Let's Read Together pada hari Khamis, 23 April 2015.
SMKADHA telah menjalankan program khas ini di Dataran Perhimpunan.
Penolong Kanan Pentadbiran telah mengendalikan Let's Read Together ini selama 10 minit dengan jayanya. Semoga Program ini akan terus dilaksanakan lagi pada masa hadapan bagi menggalakkan semua warga sekolah agar rajin membaca.
Semoga pembacaan buku kita tidak terhenti di sini sahaja dan hanya berlangsung selama 10 minit setahun dalam hidup kita tetapi menjadi amalan dan budaya sepanjang hayat.
Turut hadir ialah pengetua SMKA Dato' Haji Abbas yang bersama-semua guru dan pelajar membaca buku selama 10 minit buat kali terakhir sebelum persaraan beliau iaitu YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus. Terima kasih semua. Selamat Membaca.










24 April 2015

PERKHEMAHAN PERDANA 2015

Alhamdulillah, Perkhemahan Perdana pelajar-pelajar tingkatan 5 SMKADHA tahun 2015  telah selamat diadakan dengan jayanya dari 16 April 2015 hingga 18 April 2015 di Taman Pertanian Sekayu.  Program perkhemahan para pelajar tingkatan 5 merupakan acara tahunan sekolah  yang bertujuan untuk memberi peluang para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan masuk ke Universiti mendapat pengalaman dan kemahiran kokurikulum yang cukup semasa di sekolah.
Program perkhemahan dapat melatih pelajar untuk berdikari, bekerjasama, melatih sifat kepimpinan, disiplin dan sebagainya.







Bagi para pelajar yang tidak pernah berkhemah, hal ini merupakan pengalaman baru bagi mereka.
Semoga para pelajar SMKA Dato' Haji Abbas akan terus berjaya dan diberkati.

16 April 2015

MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN SMKA TOK JIRING KEPADA SMKA DATO' HAJI ABBAS

11 April 2015 merupakan hari yang penuh makna buat warga SMKA Dato' Haji Abbas kerana Majlis Perasmian Penamaan SMKA kepada SMKA Dato' Haji Abbas dan Majlis Apresiasi 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh.
          Majlis bermula pada pukul 2.00 petang. dan tamat pada pukul 3.30 petang.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, bacaan doa dan alunan ayat-ayat suci al Quran. Kemudian Pengetua sekolah, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad  Al Idrus telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.
         Seterusnya, Menteri Pendidikan II telah menyampaikan ucaptama majlis serta merasmikan majlis penamaan sekolah, majlis apresiasi pelajar serta ALUMNI  SMKADHA.
         Penukaran nama sekolah ini, iaitu daripada SMKA Tok Jiring kepada SMKA Dato' Haji Abbas adalah untuk memberi penghormatan kepada pengasasnya iaitu Tok Guru Haji Abbas yang telah mewakafkan tanah untuk sekolah ini.  Semoga segala pengorbanan Tok Guru mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah swt.
         Dakam ucaptamanya, Menteri Pendidikan II berharap SMKA Dato' Haji Abbas akan berjaya mendidik para pelajar yang seimbang serta berjaya melahirkan pelajar yang hebat, pemimpin yang hebat serta berdaya saing.  Pelajar yang sanggup "turun padang" membantu orang yang susah serta memerlukan pertolongan.
         Beliau juga menerangkan bahawa Aspirasi Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan pelajar yang hebat kemahiran sosialnya, hebat ilmu fizik, kimia, matematik,  biologinya serta hebat juga agamanya, usuluddinnya, Beliau juga pelajar sedemikian akan lahir bermula daripada dalam kandungan dan alam persekolahan. Oleh itu semua pihak mesti berganding bahu merealisasikan perkara tersebut.
         Beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan juga akan memperkenalkan CGPA Bersepadu atau 'integrated cgpa ' bagi memastikan pelajar atau pemimpin yang dilahirkan adalah mereka yang seimbang akadeemik dan kemahirannya.
         Beliau juga berharap ALUMNI akan memainkan peranan membantu pihak sekolah.  Malah beliau turut mencadangkan agar ALUMNI menubuhkan Tabung Wakaf  ALUMNI agar dana yang dikumpul mampu membantu sekolah dalam pelbagai aspek. Dato' Idris juga mencadangkan pihak sekolah turut menubuhkan Kelab Fotonik seperti di Imtiaz Pihak sekolah boleh memohon  bantuan pihak Yayasan Terengganu jika berminat.
        Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Idris bin Jusoh. Semoga semuanya diberkati Allah.












       

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates