Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

29 April 2014

PERTANDINGAN DIKIR ARAB DAN KALAM JAMAEI ZON D

Pertandingan Kalam Jamaei dan Dikir Arab telah diadakan di SMKA Dato' Haji Abbas pada Khamis, 24 April 2014.
Bagi Kalam Jamaei pemenangnya ialah SMKA Dato' Haji Abbas  akan mewakili zon D.
Bagi Dikir Arab pula SMKA Kuala Abang akan mewakili Zon D.

SMKA Wataniah dan Nurul Ittifaq juga turut mewakili zon D.



21 April 2014

LADAP 2 ; PENINGKATAN PROFESIONALISME

LADAP 2 SMKA Dato' Haji Abbas telah diadakan pada 19 April 2014 di Felda Wilayah Timur di Tepoh.
Latihan Dalam Perkhidmatan ini dibahagikan kepada 3 Slot. Slot pertama diisi dengan Pengenalan CATUR. Slot 2 penerangan berkenaan GROW oleh Pegawai dari JPNT ( Puan Nur Rohaya). Slot 3 diisi dengan ceramah oleh Prof. Madya Ustaz Abdul Manan dari UniSZA.
Semoga semua guru dan staff telah mendapat ilmu yang dapat membantu dalam menjalankan tugas seharian.

PERSARAAN PUAN RAMLAH BT MUDA

Majlis Persaraan guru Matematik iaitu Puan Ramlah bt Muda telah diadakan pada 17 April 2014 di Dewan Abbas. Majlis berlangsung bermula jam 10.30 pagi. Puan Ramlah telah dijemput oleh Puan Suriyani bt Md Sukor untuk dibawa ke sekolah.  Ketibaan beliau disambut oleh guru-guru dan pelajar SMKA Dato' Haji Abbas.
Puan Ramlah merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi. Beliau telah mengajar di SMKA Dato' Haji Abbas selama kurang lebih 28 tahun.






20 April 2014

PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT DAERAH KTU 2014

Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah Kuala Terengganu Utara 2014 telah berlangsung pada 15 April 2014 bertempat di Dewan Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.
Pertandingan ini disertai oleh 15 buah sekolah.
Sekolah SBPI, Batu Rakit mendapat tempat pertama atau Johan, sementara SMKA Dato' Haji Abbas menjadi naib Johan.
Peserta SMKA Dato' Haji Abbas ialah Fatin Najwa . Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya. Yang kurang menyerlah perbaiki diri.




MINGGU KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS 2014

Minggu KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS bagi tahun 2014 telah diadakan pada 13 April hingga 19 April 2014.
Pelbagai acara diadakan sempena Minggu Kokurikulum seperti Kawad Kaki bagi Unit Beruniform, Gerai Jualan Kelab dan Persatuan, Pameran Buku, Permainan Bolasepak dan lain-lain.
Perasmian penutupan dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.







19 April 2014

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER:

Kursus untuk Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 6 April 2014  jam 8.30 pagi



bertempat di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.  Kursus ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Pusat Sumber Sekolah SMK Agama Dato' Haji Abbas.
Kursus ini diadakan untuk memberi kemahiran dan pengalaman pelajar dalam menjalankan tugas mereka dalam pengurusan PSS di sekolah.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur yang memberi peluang kepada kami untuk berkursus di perpustakkan.
Semoga kursus ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan kesungguhan mereka dalam tugas mereka.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates